LIVE GOLD AND SILVER PRICE

Live Spot Gold & Silver Price

[Live from Kitco.com]

Friday, January 28, 2011

Kos Haji Dalam Dinar

Assalamualaikum.

Kesibukan menguruskan urusan hidup yang tidak pernah berhenti, kesana-kemari diatas dunia yang fana ini. Alhamdulillah, Yang Maha Pencipta masih mengurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk menyiapkan setiap kerja yang diberikan.

Fardhu Haji ialah impian setiap umat Islam untuk melengkapi Rukun Islam. Menunaikan fardhu haji diwajibkan keatas mereka yang yang mempunyai kemampuan dalam semua aspek, khasnya kemampuan perbelanjaan di mana aspek tersebut jika digunakan bagi tujuan menyampaikan diri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu haji adalah menepati kehendak kegunaan harta yang sebaik-baiknya.

Bagi yang dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah untuk menunaikan fardhu haji, Insya-Allah, mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal kita seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Peruntukan untuk perbelanjaan haji semestinya dirancang seawal yang mungkin. Bagi mereka yang berkemampuan tinggi, wang bukan lagi alasan untuk menangguhkan seruan Haji. Bagi yang merancang tetapi perbelanjaan masih tidak mencukupi, saya cadangkan anda menyimpan dinar emas. Mengapa? bilangan dinar emas yang diperlukan untuk membiayai perbelanjaan Fardhu Haji semakin berkurang dan kos haji boleh dikatakan purata RM9,000.00 ~ RM10,000.00 sepanjang beberapa tahun yang berlalu.

Pada tahun 2002, perbelanjaan kos haji berjumlah RM9100 dan nilai satu dinar emas pada masa itu bernilai RM140, jumlah dinar yang diperlukan pada tahun 2002 ialah 65 keping dinar emas. Pada tahun 2008, kos haji hanya RM8973 dan pada masa ini 1 dinar bernilai RM418, anda hanya memerlukan 21 keping dinar emas sahaja untuk membiayai kos haji.

“Tambang haji dinaikkan pada musim tahun haji lalu kepada RM9,980 bagi Semenanjung, Sabah (RM10,110) dan Sarawak (RM10,065) ekoran peningkatan kos operasi berbanding RM8,973 bagi Semenanjung, RM9,054 bagi Sabah dan Sarawak (RM9,096) pada 2008. “sumber Arkib Berita Harian



Kos Haji Tahun 2002 : RM9,100.00
1 Dinar = RM 140
65 x RM 140 = RM9,100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Kos Haji Tahun 2008 : RM8.973.00
1 Dinar = RM 418
22 x RM 418 = RM 9,196.00
Dinar yang diperlukan adalah 22 keping.

Kos Haji Tahun 2009 : RM9,980.00
1 Dinar = RM 502
20 x RM 502 = RM 10,040.00
Dinar yang diperlukan adalah 20 keping.

Kos Haji Tahun 2010 : RM9,980.00
1 Dinar = RM 600
17 x RM 600 = Rm10,200.00
Dinar yang diperlukan adalah 17 keping.

Jelas disini pembiayaan kos haji boleh ditanggung oleh semua lapisan masyarakat dengan menyimpan dinar emas.

Sekiranya anda berhajat untuk menunaikan fardhu haji pada tahun 2015, InsyaAllah, dengan menyimpan 10 keping dinar dari sekarang, impian anda tercapai dengan izin Allah.