LIVE GOLD AND SILVER PRICE

Live Spot Gold & Silver Price

[Live from Kitco.com]
Showing posts with label Dirham. Show all posts
Showing posts with label Dirham. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Dinar Untuk Kahwin


Khas untuk adik adik yang masih belajar,simpan dinar dari sekarang!!Kepada yang mahu kahwin sila habiskan artikel ini

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Kos kahwin sekian hari semakin meningkat, harga dan perkhidmatan persiapan perkahwinan semakin mahal, jelas disitu inflasi semakin meningkat. Kita memerlukan kos yang tinggi untuk membeli barang yang sama digunakan setiap tahun. Contoh, perkhidmatan fotografi dulunya hanya menelan belanja RM1000, sekarang sudah mencecah RM1500, padahal peralatan yang digunakan adalah sama seperti tahun-tahun sebelumya.

Setiap majlis perkahwinan memerlukan sebentuk cincin, kebiasaannya cincin emas buat si isteri yang tercinta, cincin menjadi tanda ikatan sah suami dan isteri. Pada tahun 1997, 1gram emas bernilai RM36, tahun ini 2011, 1gram emas sudah berharga RM150. Kiranya andai cincin berat 4 gram itu berharga RM150 siap upah tukang emas, hari ini anda perlu sediakan duit RM600 untuk cincin berat yang sama iaitu 4gram. Oh! inflasi..
rujuk disini – Gold Price Malaysia per gram

Anda sudah bersedia untuk berkahwin? Kewangan anda macam mana? Kos kahwin sekarang dianggarkan dalam RM20000 ~ RM25000 dan mungkin lebih lagi, tapi saya ambil purata RM25000. Saya akan tunjukkan bagaimana dengan menyimpan dinar emas dapat membantu anda menjimatkan kos perkahwinan anda.

Tahun bercadang untuk kahwin : 2016
Tahun sekarang : 2011
Tahun untuk persiapan : 5 tahun
Kos Kahwin : RM25,000.00 (Hantaran,Mas kahwin,Kenduri,Kos Hangus)

Kaedah:
Simpan atau beli dinar/emas pada tahun 2011 dengan harga : RM640
Purata kenaikan harga emas bagi 1 tahun: 25-30% (saya ambil 25%)

1. Harga dinar/emas pada tahun 2016 : RM1953 ( pengiraan detail)
2. Harga dinar/emas pada tahun 2016 : RM1619 (pengiraan ikut sejarah peratus kenaikan di GoldPrice.org)

Dinar yang anda perlukan pada tahun 2016 : 16 Keping
RM25,000/RM1619 : 15.4 ~~ 16 keping
* saya pilih harga no2, rendah tidak mengapa, sebab harga semasa dinar pada tahun 2016 mungkin lebih dari RM1619

Kesimpulan:
Anda perlu membeli dinar/emas pada tahun 2011 sebanyak : 16 keping
Harga dinar / emas pada tahun 2011 : RM640 x 163 : RM10240

Jangkaan harga 1 dinar emas bernilai RM1619 pada tahun 2016, dengan bermodalkan RM10240 pada tahun 2011, anda mampu membiayai kos perkahwinan anda pada tahun 2016! InsyaAllah..

p/s:Kawan2 ,Hubungi Saya Sekarang Untuk keterangan lanjut 0175512301

Dirham , Dirham Dan Sejarah

Pada awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.

Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.


Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.


Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin – koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tanda

Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia


Ogos 2010
Bismillah irrahman irrahim
Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai mata wang Syariah atau syiling Syariah menurut fekah bukanlah jenis mata wang yang memerlukan ia sah diperlakukan. Mata wang Syariah tidak ada kaitan dengan mata wang hampa dalam banyak segi dan tidak sepatutnya perbandingan dibuat di antara kedua-duanya samada dari segi undang-undang mahupun dalam menyifatkan kedua-duanya sama.
Dinar Emas dan Dirham Perak menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, yang paling genting, pembayaran zakat dan bukannya dengan perkara-perkara berkaitan perlembagaan. Pengenalannya hanya boleh dizahirkan atas dasar kesukarelaan apatah lagi kebebasan ialah satu perintah daripada Allah dalam semua urus niaga komersil termasuk dalam penerimaan wang. Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sepanjang sejarah menunjukkan bahawa ia terbuka kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam.

Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang.
Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan syiling Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.


2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wang Syariah ataupun syiling Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah syiling Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain syiling samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Syiling-syiling lain semuanya dikenali sebagai syiling bukan Syar'ie(ibn Khaldun).

3.-Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau syiling Shariah kerana istilah “syiling Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan Syar'ie. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara syiling Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia.

Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Psersekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa.

Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan syiling-syiling itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.

4.- Dari segi bahasa, Dinar dan Dirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak
aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.

5.- Dalam sejarah, syiling-syiling Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada syiling-syiling Syariah.

Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama.

Persetujuan bersama mengenepikan idea paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.

6.-Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang fiat yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , syiling Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan syiling Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan.

Sememangnya tidak boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai untuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.

7.- Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak. Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut.

Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi).

Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam( umpamanya, USD) kepada Bank Negara, masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang mereka sendiri.

Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang fiat mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak.
Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua syiling itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.

8.- Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang .
Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka.

Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar .
Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada.
Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank.

Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.

9.- Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Syilingbertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Syiling-syiling ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka syiling itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas syiling-syiling itu menjadi ikutan semua syiling yang ditempa oleh orang Islam.

Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdu Mmalik memerintahkan Al-Hadjaj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan syiling-syiling itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

Dan kejayaan itu hak Allah. PadaNya kami berserah dan semua puji-pujian bagiNya, Tuhan sekelian alam dan salam dan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad s.a.w.

Hamba Allah, Haji Abdalhasib Castineira Penasihat Shariah World Islamic Mint and Mantan Imam Masjid Jamek Granada